Hm, first of all, thanks for spending some time to read my blog, thank you so much.
Dah lama aku tak blogging, sebab aku dah completely pasif and jadi budak baik duduk kat rumah. Takde pape interesting utk suapan korang. Maafkan aku.
Barubaru ni aku dengan keluarga aku menghadapi masa yang sangat sukar. Semuanya terlalu cepat. Sekelip mata je, ayah aku dah pergi menghadap Ilahi yang penyayang.
Bermula pada hari khamis lepas, ayah aku mengadu sakit kepala, then tibatiba dia jadik makin teruk, and dia kena minor stroke. Kitorang bawak dia pergi klinik, doktor cakap food poisoning, then kitorang tak puas hati, kitorang letak ayah dekat wad. Dia still okay masa malam tu.
And masa pukul 0330am hari jumaat tu, ayah aku dah 'hilang', nasib baik doktor sempat 'cari' dia balik. Terus dia masuk ICU and dia dah koma masa tu. Kitorang cuma boleh bisik dekat telinga dia bagi dia semangat and tak lupa kitorang.
Doktor cakap dia hypertension, menyebabkan urat belakang tengkuk dia pecah dan merebak. Doktor bagi harapan benda ni leh diubati, tapi nak tunggu Isnin! Kenape tak buat jap2 tu je? Kenapa nak tunggu Isnin nak selamatkan nyawa ayah aku! Cakap jela kau dah tahu ayah aku memang dah takde harapan!!
Then aku taktau kenapa hari sabtu tu aku boleh lagi keluar pergi Comic Fiesta.. Sebab? Ayah aku....condition sangat2 stabil and kitorng semua dah lega tengok dia dah stabil, blood pressure normal. Then masa aku balik malam tu, kakak ngan mak aku yang tak sampai bape jam dekat rumah bergegas keluar pergi hospital balik-------------ayah aku dah tahap kritikal.
And tepat jam 2130, ayah aku pergi selama-lamanya. Tinggalkan kitorang dgn begitu cepat, terlalu singkat. Memang ayah aku taknak kitorang tengok dia pergi. Dia memang ayah yang baik, selama hayat dia, dia takmau kitorang sedih2 utk dia.
Tapi sekarang, kitorang sumer sedih sangat. Macam2 kenangan kitorang dengan dia, lagi2 mak aku. Subuh2, dia dah menangis teringat ayah aku.
Ya Allah, kenapa kau bagi kami dugaan yang berat sebegini? Adakah ini rahmat atau malapetaka, Ya Allah?
Aku kebelakangan ni asyik termenung teringat ayah aku. Aku rindu dekat ayah aku sangat2. Tak sempat nak berbual dengan dia, tak dapat cium jenazah dia, tak dapat nak lupakan semuanya pasal ayah aku.
Abah, abah ingat tak dulu2? Abah ajar Sha naik basikal? Sha jatuh, abah pujuk cakap budak kuat tak boleh nangis. Tapi sekarang Sha tak kuat, bah! Abah kecewa ke dgn Sha? Sha mintak maaf bah. Sha tak dpt trima hakikat yang abah dah pergi, tinggalkan Sha.
Ini ke cara abah nak ajar kitorang berdikari? Kitorang tak ready lagi bah.
Kitorang still nak guidance abah, kasih sayang abah. Tapi nampaknya abah ada urusan yang lebih penting. Takpe, Sha akan cuba faham and tak nngis2 lagi.
Tapi kalau Sha nngis, maafkan sha, sha rindu sangat dekat abah.
Al-Fatihah.